Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN, EU meterai perjanjian pengangkutan udara dua hala pertama di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN, EU meterai  perjanjian pengangkutan udara dua hala pertama di dunia.

Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur

BALI: Mereka yang bergerak antara Asia Tenggara dengan Eropah kini boleh menjangkakan lebih banyak penerbangan antara kedua-dua rantau.

Akan ada juga akses langsung ke destinasi-destinasi baru.

Negara-negara anggota ASEAN dan EU memeterai Perjanjian Pengangkutan Udara Menyeluruh (ASEAN-EU CATA) di Pertemuan Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN ke-28 di Bali pada Isnin (17 Okt).

Ia merupakan perjanjian pertama seumpamanya di dunia dan membolehkan syarikat-syarikat penerbangan antara kedua-dua blok itu untuk saling mengendalikan lebih banyak penumpang dan kargo udara.

Syarikat penerbangan setiap negara dibenarkan mengendalikan sehingga 14 khidmat penerbangan seminggu dan khidmat kargo tanpa terhad.

Perjanjian itu juga memperuntuk kerjasama dalam bidang seperti keselamatan penerbangan, pengurusan lalu lintas udara, perlindungan pengguna dan bagi isu-isu sekitaran dan sosial.

Pada masa yang sama, Menteri-Menteri Pengangkutan dari negara ASEAN juga bersetuju untuk menandatangani perjanjian Kerjasama Mencari dan Menyelamat Aeronautik dan Maritim.

Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap koordinasi kegiatan Mencari dan Menyelamat.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan