Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN dijangka benarkan perjalanan rentas sempadan bagi negara anggota

Rangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan dalam kalangan negara anggota.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN dijangka benarkan perjalanan rentas sempadan bagi negara anggota

Bendera negara-negara ASEAN. (Gambar: AP)

KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan dalam kalangan negara anggota.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata bagaimanapun, pelaksanaan ATCAF perlu mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19.

"Boleh dikatakan semua negara ASEAN bercakap mengenai keperluan untuk mengizinkan perjalanan antara negara anggota terutama yang berkongsi sempadan yang sama. 

"Kami percaya ia akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi, jika tidak melibatkan seluruh ASEAN, tetapi ia mungkin akan dilaksanakan dengan negara jiran ASEAN," katanya pada sidang media mengenai Sidang Puncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang Puncak Berkaitan pada Khamis (28 Okt).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke sidang puncak itu yang diadakan secara maya selama tiga hari yang bermula pada Selasa (26 Okt), yang dipengerusikan oleh Brunei.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan