Skip to main content

Dunia

ASEAN digesa gubal undang-undang berkaitan jerebu, sedang anggotanya pertikaikan pencemaran rentas negara

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dalam respons kepada krisis jerebu yang melanda beberapa bahagian Asia Tenggara, para pencinta alam sekitar menggesa semua anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) agar menggubal undang-undang jerebu rentas sempadan mereka sendiri.

Mereka percaya undang-undang tersebut akan membolehkan negara anggota untuk bertindak terhadap syarikat-syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar di negara lain, sekali gus mengurangkan kejadian jerebu.
TIADA ALASAN

Kumpulan Alam Sekitar, Greenpeace, juga menggesa negara-negara ASEAN supaya menggubal undang-undang jerebu rentas negara di negara masing-masing. Ia menyatakan bahawa kerjasama diplomatik serantau tidak patut dijadikan alasan.

Ahli strategik kempen Greenpeace Asia Tenggara Heng Kiah Chun berkata perundangan tersebut adalah penting untuk memastikan syarikat-syarikat tidak menyumbang kepada jerebu di negara masing-masing atau di luar negara.

Singapura, sebagai contoh, menggubal Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 2014, yang memastikan sebarang sumbangan kepada pencemaran jerebu di Singapura sebagai kesalahan.

Undang-undang itu memberikan kuasa kepada individu dan pertubuhan di Singapura untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab atas kejadian jerebu dan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Tiada negara lain di rantau ini yang menggubal undang-undang serupa.

Mantan Menteri Alam Sekitar Malaysia Yeo Bin Yin berkata dalam satu kenyataan pada 5 Oktober bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah bersetuju secara prinsip untuk memperkenalkan undang-undang tersebut pada Februari 2020. Namun, perkembangannya tertangguh selepas kerajaan ditukar.

APA LAGI YANG BOLEH DIBUAT?

Peguam pembangunan mampan dan aktivis perubahan iklim Kiu Jia Yaw memberitahu Mediacorp bahawa ASEAN harus memperbaiki Persetujuan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002, yang merupakan rangkai kerja bagi kerjasama dan perkongsian sumber berkaitan dengan jerebu.

Seperti Greenpeace, beliau menyarankan anggota negara ASEAN untuk mempertanggungjawabkan syarikatnya atas operasi di luar negara dan berharap Malaysia dapat menggubal undang-undangnya sendiri, serta langkah tersebut diikuti negara lain.

Encik Kiu menarik perhatian bahawa Indonesia baru-baru ini mendedahkan bahawa 203 syarikat sudah menerima amaran, dan 20 syarikat diarahkan untuk tutup akibat penglibatan mereka mencetuskan kebakaran hutan, termasuk anak syarikat milik Malaysia.

Beliau menekankan bahawa sebarang undang-undang serupa hanya berurusan dengan syarikat Malaysia. Tidak seperti undang-undang Singapura, yang didakwa mempunyai kuasa ke atas entiti di luar negara.

"Setiap negara akan mengawal syarikatnya sendiri supaya ia tidak campur tangan dengan syarikat negara lain, dan elak daripada sebarang isu berkaitan kedaulatan," katanya.

Encik Kiu merujuk kepada Indonesia yang tersinggung dengan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura dan tidak bekerjasama dengan negara tersebut pada 2015.

Dr Helena Varkkey, seorang Profesor Madya di Jabatan Politik Alam Sekitar dan Kajian Strategik, memberitahu Mediacorp bahawa ASEAN sudah mempunyai rangka kerja berkaitan jerebu, namun cabarannya adalah untuk melaksanakan semua perkara yang terkandung dalam rangka kerja tersebut.

Menurutnya, keutamaan adalah untuk mempunyai pusat yang menyelaraskan jerebu dan menyatukan data yang digunakan untuk menyelesaikan masalah seperti data mutu udara.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita