ASEAN bincang modenkan prosedur dagangan rentas sempadan
Negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) membincangkan usaha memajukan pembangunan projek pertukaran maklumat ASEAN Single Window (ASW) bagi memodenkan prosedur perdagangan rentas sempadan, lapor Xinhua.
Bendera ASEAN diletakkan bersama bendera negara-negara anggotanya pada 17 Januari 2025. (Gambar fail: REUTERS/Hasnoor Hussain)
- Negara anggota ASEAN menghadiri Mesyuarat Ke-75 Kumpulan Kerja Teknikal ASW di Vientiane, Laos, yang dianjurkan oleh Jabatan Kastam Laos.
- Mesyuarat berlangsung dari 19 hingga 22 Mei dan membincangkan pembangunan serta integrasi sistem ASEAN Single Window (ASW).
- ASW bertujuan memodenkan prosedur kastam dan mempercepat perdagangan rentas sempadan melalui pertukaran maklumat elektronik.
- Para peserta menekankan peranan ASW dalam meningkatkan kecekapan kastam, mengurangkan halangan dokumentasi, dan menggalakkan integrasi ekonomi serantau.
Jabatan Kastam di bawah Kementerian Kewangan Laos menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-75 Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Teknikal bagi ASW dari Selasa (19 Mei) hingga Jumaat.
Mesyuarat berkenaan bertujuan memperkukuhkan pemudah cara perdagangan serantau dan memodenkan prosedur kastam, menurut laporan kementerian yang dikeluarkan pada Khamis (22 Mei).
Mesyuarat itu menghimpunkan para wakil negara anggota ASEAN bagi membincangkan pembangunan dan integrasi sistem ASW, yang menyokong perdagangan rentas sempadan yang lebih pantas dan cekap menerusi pertukaran maklumat secara elektronik.
Para peserta menekankan kepentingan sistem ASW dalam menggalakkan penyepaduan ekonomi serantau, meningkatkan kecekapan kastam, mengurangkan halangan dokumentasi serta mempermudah prosedur perdagangan rentas sempadan di negara anggota ASEAN.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.