Skip to main content

Dunia

ASEAN bincang isu utama jejas keselamatan serantau, kerjasama pertahanan

Anggaran Waktu Membaca:
VIENTIANE: Wakil negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-21 bertemu di ibu kota Laos untuk membincangkan isu-isu utama yang menjejaskan keselamatan serantau dan kerjasama pertahanan, lapor Xinhua.

Bercakap pada mesyuarat itu pada Khamis (8 Sep), Timbalan Menteri Pertahanan Laos dan Ketua Turus Angkatan Tentera Rakyat Laos Khamlieng Outhakaysone menyatakan penghargaan kepada semua negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN atas sokongan serta sumbangan mereka, sambil memuji dedikasi mereka dalam memastikan kejayaan mesyuarat tahun ini, lapor akhbar tempatan Pasaxon pada Khamis.

Sepanjang mesyuarat itu, para peserta bertukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau terkini dan membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dengan matlamat membina kepercayaan bersama, keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menangani cabaran terhadap kestabilan serantau.

Perbincangan itu menekankan kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan perpaduan dalam kalangan ASEAN melalui usaha sama yang kolaboratif.
Sumber : Bernama/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita