Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN bakal anjur festival beli-belah serantau buat julung kali

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN bakal anjur festival beli-belah serantau buat julung kali

(Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur)

BANGKOK: Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) akan menganjur acara beli-belah online serantau buat julung-julung kalinya pada Ogos tahun ini untuk mempromosikan perdagangan rentas sempadan melalui e-dagang.

Indonesia, selaku Presiden ASEAN 2023, baru-baru ini mencadangkan agar langkah untuk menggalakkan e-dagang dalam kalangan negara anggota perlu dilakukan bagi menarik minat pengguna dan perniagaan kecil dan sederhana.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), acara itu akan diadakan pada Hari ASEAN (8 Ogos) yang akan menampilkan pelbagai produk dari negara-negara ASEAN pada harga diskaun.

Menurut e-Conomy SEA 2018, semua ekonomi berasaskan internet di ASEAN termasuk pelancongan online, e-dagang, media online dan perkhidmatan e-panggilan dianggarkan mencecah AS$72 bilion (S$96.23 bilion).

Kajian e-Conomy itu juga meramalkan ekonomi internet Asia Tenggara boleh melepasi AS$240 bilion (S$320.76 bilion) menjelang 2025.

Pada 2019, Perjanjian Perdagangan Elektronik ASEAN telah ditandatangani bagi memudahkan pembangunan transaksi e-dagang dalam badan serantau itu selain mengukuhkan kerjasama antara negara anggota.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan