Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Asas politik China, AS perlu dipupuk dengan baik, kata Menteri Luar Wang Yi

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China Wang Yi berkata kerjasama antara China dengan Amerika Syarikat (AS) bukan hanya membawa manfaat buat kedua-dua negara itu, malah kepada dunia.

Asas politik antara kedua-dua negara perlu dipupuk dengan baik, khususnya prinsip Satu China, katanya ketika mengadakan pertemuan dengan wakil diplomatik dan perdagangan AS di New York pada Isnin (19 Sep).

Encik Wang berkata faktor penentu dalam hubungan China-AS semakin berkurangan manakala faktor tidak menentu kian bertambah.

Bagaimanapun, menurut Encik Wang, faktor penentu pihak China adalah jelas dan konsisten yang dapat dilihat daripada prospek pembangunan negara ini.

Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) akan diadakan dalam masa terdekat dan ia akan menetapkan pelan serta sasaran pembangunan China pada masa akan datang.

Pembangunan China bukan sahaja akan membawa kesejahteraan kepada lebih 1.4 bilion rakyat negara itu, bahkan akan menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada dunia termasuk AS.

Encik Wang berkata China akan terus memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan serta menyumbang kepada pembinaan ekonomi dunia yang terbuka di samping mendorong globalisasi ekonomi.

Pada masa sama, dasar China terhadap AS adalah konsisten, sementara pihak AS digesa mengamalkan dasar rasional dan pragmatik terhadap China. 

Encik Wang menegaskan bahawa sikap China untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan AS tidak berubah.

“China mengalu-alukan firma AS menjalankan perniagaan di China. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS perlu ditingkatkan tetapi bukan dikurangkan.

“Kedua-dua pihak patut mengadakan dialog dan muafakat demi kepentingan bersama,” katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan