Artis makan pisang karya seni bernilai AS$120,000
Seorang artis seni jalanan mengejutkan orang ramai di pertunjukan Art Basel di Miami pada Sabtu (7 Dis), apabila bertindak mengambil sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding galeri itu lalu memakannya.

David Datuna mengejutkan orang ramai di pertunjukan Art Basel di Miami apabila bertindak mengambil sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding galeri itu dan memakannya. (Gambar: Reuters)
MIAMI: Seorang artis seni jalanan mengejutkan orang ramai di pertunjukan Art Basel di Miami pada Sabtu (7 Dis), apabila bertindak mengambil sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding galeri itu lalu memakannya.
Pisang itu, adalah sebahagian daripada karya seni artis Itali, Maurizio Cattelan bertajuk ‘Comedian’ dan dijual kepada seorang pengumpul karya warga Perancis pada harga AS$120,000 (S$163,282).
Dalam satu rakaman video di akaun Instagram miliknya, Encik David Datuna yang menyifatkan dirinya sebagai artis warga Amerika kelahiran Georgia, menghampiri pisang itu sebelum mengambil buah tersebut.
“Pertunjukan seni, artis yang kelaparan,” katanya sambil mengupas pisang terbabit dan memakan buah itu.Terima kasih, sangat sedap,” katanya.
Sebilangan penonton boleh didengar tertawa sebelum seorang pegawai galeri yang naik berang menariknya ke kawasan lain untuk disoal siasat.
Menurut laporan akhbar, nilai sebenar karya itu terletak pada keunikan dan keaslian idea dan pisang berkenaan digantikan dengan yang baru.
Ia dilekat semula pada karya itu kira-kira 15 minit selepas aksi mengejut Encik Datuna.
“Aksi beliau mencetuskan ketegangan dan menarik perhatian yang tidak dijangkakan. Namun maklum balas diterima amat hebat. Ia membuatkan penonton terhibur,” kata pengarah muzium seni itu, Encik Lucien Terras.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.