Artis ini hasilkan pelitup persis wajah si pemakai
Jari-jemari Jorge Roriz, 65 tahun, lazimnya menghiasi kostum-kostum dan kereta berhias yang mewarnai karnival gah di negaranya.
Pelitup yang dihasilkan oleh Jorge Roriz membuat seseorang kelihatan seperti tidak memakai pelitup. (Gambar: Pilar Olivares/Reuters)
RIO DE JANEIRO: Jari-jemari Jorge Roriz, 65 tahun, lazimnya menghias kostum-kostum dan kereta berhias yang mewarnai karnival gah di negaranya.
Kini, di tengah-tengah pandemik COVID-19, beliau menggunakan bakatnya untuk menghasilkan pelitup-pelitup cukup menarik! Pelitup dihasilkannya persis seperti wajah si pemakai.
Ini bermakna, pelitup Roriz membuat para pelanggannya kelihatan seperti tidak memakai pelitup.
(Gambar-gambar: Pilar Olivares/Reuters)
"Saya menghasilkan pelitup ini supaya dapat mengekalkan identiti saya," kata Roriz.
Ini dilakukan dengan hanya melukis pada pelitup berwarna putih. Dari warna kulit wajah sehinggalah bentuk bibir pemakai, semuanya dilukis dengan begitu teliti.
Pelitup-pelitupnya menjadi popular terutama sekali di kalangan mereka yang tidak ingin menyembunyikan wajah tetapi terpaksa memakai pelitup disebabkan pandemik yang melanda.
"Memang penting bagi orang di luar sana melindungi diri mereka. Menggunakan pelitup memang baik," kata beliau.
"Reaksi orang ramai memang positif. Mereka ketawa. Sesuatu yang sepatutnya menyedihkan menjadi sesuatu yang membawa keceriaan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.