Skip to main content

Dunia

Artis Denmark songlap S$113,000 pinjaman muzium; hanya pulangkan kanvas kosong

Sebuah muzium Denmark meminjamkan 534,000 kroner (S$113,000) kepada seorang artis untuk menghasilkan semula karya seninya sebelum ini menggunakan wang kertas tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

COPENHAGEN: Sebuah muzium Denmark meminjamkan 534,000 kroner (S$113,000) kepada seorang artis untuk menghasilkan semula karya seninya sebelum ini menggunakan wang kertas tersebut.

Namun artis itu menyonglap wang tersebut dan memulangkan kanvas kosong yang beri tajuk "Ambil Duit dan Cabut Lari".

Jens Haaning, seorang artis Denmark, ditugaskan oleh Muzium Kunsten di bandar barat Aalborg untuk menghasilkan semula dua karya seni menggunakan wang kertas - iaitu kroner Denmark dan euro - bagi mewakili pendapatan tahunan di Denmark dan Austria.

Namun pengarah muzium itu Lasse Andersson memberitahu AFP bahawa "dua hari sebelum pembukaan pameran itu kami menerima emel daripada Jens yang berkata bahawa dia tidak akan mempamerkan karya-karya seni yang sudah dipersetujui".

Maka, apabila tiba masanya, Encik Haaning hanya mengirimkan kembali dua kanvas kosong.

Encik Andersson berkata beliau ketawa terbahak-bahak dan memutuskan untuk mempamerkan karya seni itu di pameran seni moden muzium itu yang dibuka pada 24 September.

Menurut beliau, mereka mengambil "pendekatan humor" dan ia adalah "memberi gambaran bagaimana kami menilai karya seni".

Encik Haaning, 56 tahun, bagaimanapun mempertahankan pendiriannya untuk menyimpan wang itu sambil berkata bahawa "karya seni itu akhirnya adalah tentang keadaan pekerjaan para seniman".

"Ia adalah satu kenyataan yang menyatakan bahawa kami juga bertanggungjawab untuk menyoal struktur yang menjadi sebahagian daripada kita. Dan jika struktur-struktur ini benar-benar tidak munasabah, kita mesti berpisah daripadanya," katanya dalam satu kenyataan media.

Walaupun sejauh ini pengarah muzium itu melihat sisi lucu perbuatan tersebut, beliau mengatakan bahawa ia akan bertahan sehingga ke penghujung pameran itu.

"Jika wang itu tidak dipulangkan pada 16 Januari seperti dijanjikan, kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan Jans Haaning mematuhi kontraknya," kata Encik Andersson.

Bagi komisen asalnya, Encik Haaning menerima 10,000 kroner (S$2,120) dan bayaran bonus pameran. 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita