Argentina kuarantin kapal Liberia selepas anak kapal disyaki terjangkit mpox
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
BUENOS AIRES: Pihak berkuasa Argentina mengkuarantin sebuah kapal kargo di Sungai Parana berhampiran pelabuhan bijirin Rosario berhubung kes disyaki jangkitan mpox di atas kapal, kata seorang pegawai industri pada Selasa (20 Ogos).
Fernando Morales, Presiden Liga Kapal Argentina, berkata bahawa kapal berdaftar di Liberia yang dijadual mengambil kargo soya telah diarahkan untuk berlabuh di sungai tersebut sedang ujian dijalankan ke atas seorang anak kapal.
"Seorang anak kapal yang mengalami demam dan lemah telah dibawa ke hospital di San Nicolas. Di sana para pegawai menjalankan beberapa ujian dan mereka mengatakan bahawa pada dasarnya ia boleh menjadi mpox," kata Encik Morales sambil menambah bahawa diagnosis ke atas anak kapal itu belum disahkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun kerana varian baharu virus tersebut merebak dengan pantas di Afrika.
Sehari kemudian, satu kes varian clade 1b telah disahkan di Sweden, tanda pertama penularannya di luar Afrika.
Mpox, jangkitan virus yang menyebabkan luka penuh nanah dan gejala seperti selesema, biasanya ringan tetapi boleh membawa maut.
Varian clade 1b telah menimbulkan kebimbangan kerana ia kelihatan lebih mudah merebak melalui hubungan rapat.
Encik Morales berkata pihak berkuasa kesihatan sedang mengawal kapal itu dan akan memeriksa anak kapal yang lain.
Sekitar 13 negara telah melaporkan kes mpox yang disebabkan oleh varian lain di seluruh benua Afrika tahun ini, menurut data WHO setakat minggu lalu.
Argentina sebelum ini merekodkan lapan kes.
Bavarian Nordic Denmark dijangka akan memutuskan minggu ini sama ada untuk meningkatkan pengeluaran vaksin, sedang syarikat farmaseutikal Switzerland, Roche menyatakan ia sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti ujian makmalnya.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.