Skip to main content

Dunia

AS arah Konsulat Agung China di Houston ditutup

Hubungan Amerika Syarikat dengan China yang semakin tegang.

Anggaran Waktu Membaca:
AS arah Konsulat Agung China di Houston ditutup

Encik Wang Wenbin. (Gambar: REUTERS/Tingshu Wang)

Diterbitkan : 22 Jul 2020 06:42PM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 06:45PM

HOUSTON, AMERIKA SYARIKAT: Hubungan Amerika Syarikat dengan China yang semakin tegang.

Dalam tindakan terbaru yang mengeruhkan lagi keadaan, Amerika sudah mengarahkan Konsulat Agung China di Houston ditutup.

Alasannya, untuk melindungi harta intelektual dan maklumat peribadi rakyat Amerika.

Beijing, bagaimanapun, menyifatkan arahan mendadak itu sebagai "provokasi politik" yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Ia mengancam akan bertindak balas jika arahan itu tidak segera ditarik balik.

Hubungan Amerika Syarikat dengan China yang semakin tegang.

Dalam tindakan terbaru yang mengeruhkan lagi keadaan, Amerika sudah mengarahkan Konsulat Agung China di Houston ditutup.

Alasannya, untuk melindungi harta intelektual dan maklumat peribadi rakyat Amerika.

Beijing, bagaimanapun, menyifatkan arahan mendadak itu sebagai "provokasi politik" yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Ia mengancam akan bertindak balas jika arahan itu tidak segera ditarik balik.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas pihak media melaporkan bahawa dokumen-dokumen telah dibakar di kawasan halaman konsulat China itu.

Lori-lori bomba dikerah ke sini selepas menerima panggilan dari para penduduk berhampiran yang melihat asap keluar dari kawasan konsulat tersebut.

Jabatan Bomba menyatakan asap itu dipercayai berasal dari sebuah bekas terbuka di halaman konsulat.

Anggota-anggota bomba tidak dibenarkan masuk.

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita