Skip to main content

Dunia

AS arah kakitangan kedutaannya tinggalkan Niger susuli rampasan kuasa tentera

Anggaran Waktu Membaca:
AS arah kakitangan kedutaannya tinggalkan Niger susuli rampasan kuasa tentera

Gambar: AP

Diterbitkan : 03 Aug 2023 10:55AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pengunduran sebahagian operasinya di Niger, di tengah-tengah rampasan kuasa tentera yang berlaku di negara itu.

Arahan itu dikeluarkan sehari selepas Pentagon mengumumkan ia menggantung kerjasama tentera di negara Afrika Barat itu.

Rakyat AS turut digesa supaya jangan melakukan perjalanan ke Niger. Sungguhpun demikian, Washington belum mengeluarkan arahan untuk pulang ke tanah air.

Beratus-ratus warga asing, kebanyakannya dari Eropah, sudahpun meninggalkan negara itu.

Ramai daripada mereka tiba di Perancis selepas Paris menghantar pesawat ketiganya untuk membawa keluar orang ramai dari ibu kota Niger, Niamey. 

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita