Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS arah Iran bayar ganti rugi AS$180 juta kepada wartawan Washington Post

Mahkamah Amerika Syarikat mengarahkan pemerintah Iran membayar ganti rugi hampir AS$180 juta (S$246 juta) kepada seorang wartawan warga Amerika keturunan Iran yang dipenjarakan atas tuduhan mengintip pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
AS arah Iran bayar ganti rugi AS$180 juta kepada wartawan Washington Post

(Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 23 Nov 2019 04:50PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 04:52PM

WASHINGTON: Mahkamah Amerika Syarikat mengarahkan pemerintah Iran membayar ganti rugi hampir AS$180 juta (S$246 juta) kepada seorang wartawan warga Amerika keturunan Iran yang dipenjarakan atas tuduhan mengintip pada 2014.

Hakim Mahkamah Daerah mengarahkan bayaran dibuat kepada Encik Jason Rezaian dan keluarganya sebagai pampasan atas kesakitan dan penderitaan yang dialami selain kehilangan punca pendapatan selama 18 bulan beliau ditahan. Encik Rezaian didera secara fizikal, tidak dibenarkan tidur dan tidak mendapat rawatan perubatan selain diancam dengan hukuman mati.

Keputusan itu, bagaimanapun sekadar simbolik. Iran tidak menjawab saman itu, menurut majikan Encik Rezaian, The Washington Post. Tehran dijangka tidak akan membuat bayaran berkenaan.

Encik Rezaian ialah wartawan akhbar itu di Tehran apabila beliau diberkas, dipenjarakan selama 544 hari, dan dibebaskan pada Januari 2016 sebagai pertukaran dengan tujuh warga Iran yang ditahan di Amerika Syarikat.

Isterinya, Cik Yeganah, yang kelahiran Iran ditangkap bersama-sama Rezaian tetapi dibebaskan dua bulan kemudian.

Iran juga diarah membayar tambahan AS$50 juta (S$68 juta) kepada keluarga itu secara keseluruhan. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan