Arab Saudi umum syarat kesihatan jemaah haji 2026
Satu sistem pelesenan baharu dibangunkan Kementerian Pelancongan dan Perumahan Arab Saudi untuk mengawal selia penyewaan semasa musim haji. (Gambar: Bernama)
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustakim Mohamad dalam kenyataan pada 20 Oktober memaklumkan syarat kesihatan baharu itu akan dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi semua jemaah dari Malaysia bagi memperoleh visa haji.
Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan ialah bakal jemaah perlu bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal, serta berupaya melaksanakan ibadat haji secara kendiri.
“Jemaah tidak dianggap layak mengerjakan haji sekiranya menghidap penyakit atau keadaan seperti kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius, penyakit paru-paru kronik dan penyakit hati kronik.
“Selain itu, turut tidak layak ialah mereka yang mengalami masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif atau motor, warga emas yang menghidap demensia atau lemah fizikal, kehamilan berisiko tinggi, penyakit berjangkit aktif serta pesakit barah yang sedang menjalani rawatan,” katanya.
Sehubungan itu, Encik Mustakim menasihatkan bakal jemaah haji supaya membuat persediaan kesihatan fizikal secukupnya, memandangkan mereka akan berada di Arab Saudi dalam tempoh yang panjang serta berdepan suasana berdebu dan cuaca panas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.