Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi umum persiapan bagi musim Umrah, Haji 2023

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Pejabat Penjaga Ehwal Dua Masjid Suci dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan satu rancangan bersama untuk ibadah Haji dan Umrah bagi tahun 1444 Hijrah. 

Demikian menurut laporan Saudi Gazette. 

Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu menyatakan rancangan bersama antara pihaknya dengan Kementerian Haji dan Umrah yang sudah disiapkan, bergantung kepada strategi kerjasama bersama antara kedua-dua pihak. 

Selain itu, mereka akan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman dalam pelan penguatkuasaan buat musim akan datang. 

Pejabat itu turut menekankan bahawa usaha tersebut bertujuan untuk menyediakan khidmat terbaik kepada Dua Masjid Suci serta jemaah dan pengunjung.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan