Arab Saudi umum pengeluaran lebih 4 juta visa umrah bagi 1444 Hijrah
Anggaran Waktu Membaca:

Jemaah haji terhad tawaf keliling Kaabah pada 31 Jul 2020 (Gambar: SPA/AFP)
MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pengeluaran lebih 4 juta visa umrah kepada semua jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 Hijrah.
Kementerian itu, dengan kerjasama beberapa sektor lain, melaksanakan pengeluaran visa berkenaan demi memudahkan ketibaan jemaah melalui imbasan biometrik e-Visa menerusi laman sesawang Kementerian Haji dan Umrah serta platform “NUSUK” dengan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi melaksanakan ibadah dengan mudah dan tenang.
Di samping itu, ia dijangka dapat menambahkan lagi pengalaman mereka daripada sudut budaya dan agama bagi merealisasikan matlamat program Wawasan Saudi 2030, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Untuk maklumat lanjut berhubung kaedah mendapatkan visa umrah, jemaah Umrah dan pelawat dari luar negara boleh melayari pautan www.haj.gov.sa/ar/InternalPages/Umrah.
Manakala untuk membeli pakej perkhidmatan dan membuat pembayaran online menerusi pautan nusuk.sa serta platform 'Maqam', maqam.gds.haj.gov.sa.
Orang Islam yang mendapat semua jenis visa (peribadi, lawatan dan pelancongan) termasuk jenis lain yang membenarkan kemasukan ke Arab Saudi, boleh melakukan ibadah Umrah, melawat, menunaikan solat di Raudhah selepas membuat tempahan slot mereka melalui aplikasi “NUSUK”.
Arab Saudi turut melanjutkan tempoh visa umrah daripada 30 hari kepada 90 hari bagi kemasukan ke negara itu melalui jalan darat dan udara.
Aplikasi “NUSUK” turut memudahkan tempahan slot untuk jemaah mengerjakan Umrah dan melawat Masjid Nabawi selepas mereka memperoleh visa menerusi sistem elektronik.
Kementerian juga menyediakan maklumat mengenai senarai ejen sah melalui pautan eservices.haj.gov.sa/eservices3/pages/VisaInquiry/SearchVisa.xhtml?dswid=-4283

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.