Skip to main content

Dunia

Arab Saudi umum kejayaan musim haji 1446H

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi umum kejayaan musim haji 1446H

Suasana di Masjidil Haram pada 8 Jun, 2025. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2025 06:34PM Dikemas Kini : 09 Jun 2025 06:37PM
MAKKAH: Timbalan Gabenor Wilayah Makkah merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Haji dan Umrah, Putera Saud bin Mishaal bin Abdulaziz pada Ahad mengumumkan kejayaan musim haji tahun ini (1446 Hijrah) dari aspek keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan.

Demikian menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz atas kejayaan pelaksanaan rancangan operasi yang cemerlang.

“Perancangan ini diselaraskan dengan perjalanan rohani jemaah haji dan membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan mudah dan tenang,” katanya.

Beliau menambah: “Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya dalam sektor keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan, serta para sukarelawan lelaki dan wanita yang sudah bekerja dengan penuh dedikasi dan keikhlasan demi memastikan kejayaan ibadah ini.

“Mereka menyedari sepenuhnya penghormatan dalam berkhidmat kepada jemaah haji. Saya turut merakamkan penghargaan ikhlas kepada para jemaah, yang menjadi rakan kongsi utama dalam kejayaan ini melalui komitmen dan kepatuhan mereka terhadap peraturan.”

Putera Saud menegaskan bahawa persiapan untuk musim haji akan datang akan dimulakan serta-merta.

“Kerajaan, kepimpinan, pemerintah dan rakyat Arab Saudi berasa bangga dapat berkhidmat di tanah suci dan kepada para pengunjungnya. Kami akan segera memulakan perancangan untuk musim haji tahun hadapan akan bermula segera, dengan memohon petunjuk dan kejayaan daripada Allah SWT dalam segala usaha kami,” katanya.
Sumber : Bernama/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita