Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi umum kejayaan fasa pertama Pelan Perdana Haji 2022

Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah Presiden Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais mengumumkan kejayaan fasa pertama Pelan Perdana musim Haji 1443 Hijrah dengan tiada sebarang insiden dalam kalangan jemaah haji dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah Presiden Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais mengumumkan kejayaan fasa pertama Pelan Perdana musim Haji 1443 Hijrah dengan tiada sebarang insiden dalam kalangan jemaah haji dilaporkan.

Laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), memetik Sheikh Al-Sudais sebagai berkata pelan itu yang menumpukan kepada aspek operasi, bertujuan untuk menawarkan khidmat terbaik kepada jemaah haji.

Menurutnya, kerjasama semua sektor berkaitan dalam memberi khidmat kepada jemaah haji menghasilkan usaha yang bersepadu dan harmoni sekali gus mencapai matlamat fasa pertamanya, lapor SPA sambil menambah kerja masih berjalan untuk terus menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat di Haramain.

Dalam pada itu, Penguasa Am bagi Statistik Arab Saudi menyatakan jumlah jemaah haji tahun ini mencecah 899,353 orang, termasuk 779,919 jemaah luar negara yang tiba menggunakan pelbagai jenis pengangkutan.

Baki 119,434 adalah jemaah domestik, merangkumi kedua-dua warga negara itu dan penduduk, lapor SPA.

Laporan Statistik Haji 2022 yang dikeluarkan itu juga menunjukkan sebanyak 21.4 peratus jemaah datang dari negara-negara Arab manakala 53.8 peratus dari Asia dan 13.2 peratus Afrika.

Sebanyak 11.6 peratus lagi adalah jemaah dari Eropah, Amerika dan Australia.

Mengenai kaedah pengangkutan jemaah luar negara, 738,680 tiba melalui lapangan terbang manakala 35,210 menggunakan jalan darat dan 6,029 menerusi pelabuhan.

April lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan hanya sejuta umat Islam bawah usia 65 tahun dan lengkap divaksin, dibenar menunaikan haji tahun ini.
Sumber : Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan