Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi tingkatkan khidmat bagi warga emas, golongan kurang upaya di Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi tingkatkan khidmat bagi warga emas, golongan kurang upaya di Masjid Nabawi

(Gambar: AFP/Abdel Ghani BASHIR )

MADINAH: Pihak Berkuasa bagi Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sedang mempertingkatkan usaha untuk berkhidmat kepada jemaah dan pelawat, terutamanya warga emas dan golongan kurang upaya di Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa tersebut sedang berusaha untuk menyediakan khidmat terbaik kepada golongan itu, dengan menyediakan 10 ruang solat khas berdekatan pintu masjid, empat bilik solat di kawasan utara yang diluaskan, serta tiga bilik solat di kawasan barat dan timur yang diluaskan.

Menurut laporan Arab News, ia sudah menyediakan bilik khas untuk mereka yang pekak dan bisu di bumbung Masjid Nabawi, yang boleh memuatkan 100 orang untuk menunaikan solat.

Ketika solat Jumaat, khutbah akan disampaikan dalam bahasa isyarat.

Antara khidmat lain yang disediakan pihak berkuasa Saudi termasuk kereta golf elektrik dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan jemaah di dalam Masjid Nabawi dan halamannya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan