Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi tingkatkan keupayaan sektor hospitaliti bagi jemaah Umrah

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Menteri Pelancongan Arab Saudi Ahmed Al-Khateeb berkata  keupayaan sektor hospitaliti di Makkah dan Madinah akan dipertingkat bagi memenuhi keperluan  pengunjung dan jemaah Haji dan Umrah yang semakin meningkat. 

"Pihak Kementerian akan terus bekerjasama dengan pelabur untuk membangunkan khidmat dan mutu hospitaliti," kata menteri itu semasa mesyuarat bersama ahli perniagaan dan pengendali sektor hospitaliti di Madinah. 

Beliau tiba di Madinah sebagai sebahagian langkah untuk menyemak semula kesiapsiagaan kemudahan hospitaliti dan mutu khidmat yang disediakan kepada jemaah di Makkah dan Madinah semasa Ramadan, lapor Saudi Gazette. 

Beliau menarik perhatian, Kementerian itu mengutamakan keseimbangan antara meningkatkan mutu sektor hospitaliti dan memperkasa sektor privet menerusi huraian kewangan dan perundangan yang jelas. 

Tambahnya, terdapat rancangan untuk meningkatkan kapasiti, termasuk selesainya kerja ubah suai dan operasi 9,000 bilik hotel bagi sektor hospitaliti di Madinah sebelum bulan Ramadan. 

Selain itu, Encik Al-Khateeb turut mengunjungi Hotel Al-Onwan di Makkah untuk memeriksa persiapan bagi pembukaannya ketika bulan Ramadan dan  menyambut jemaah Haji.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan