Skip to main content

Dunia

Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan jelang ketibaan jemaah haji

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan jelang ketibaan jemaah haji

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Apr 2026 01:49PM Dikemas Kini : 19 Apr 2026 01:51PM
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan ketibaan jemaah ke negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Proses itu dilaksanakan menerusi sistem perkhidmatan dan kemudahan bersepadu di bawah penyeliaan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan prosedur kemasukan dan pemindahan ke tempat penginapan berjalan lancar.

Kementerian itu memaklumkan bahawa lapangan terbang menerima penerbangan dari beberapa negara termasuk Pakistan, Turki, Afghanistan, Malaysia, India, Bangladesh dan Thailand pada Sabtu (18 Apr) dengan kira-kira 30 penerbangan diproses mengikut prosedur yang teratur.

Menurut kementerian itu, tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk turut dipertingkat menerusi pertambahan petugas, pengaktifan laluan khas jemaah haji serta penyediaan kemudahan penerimaan bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepat urusan.

Kementerian itu turut menekankan penyelarasan antara agensi bagi memudahkan prosedur kemasukan, menyediakan panduan dan sokongan pelbagai bahasa, serta memastikan urusan pemindahan jemaah ke tempat penginapan mereka di Makkah dan Madinah berjalan lancar.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita