Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi tetapkan Wukuf di Arafah 8 Julai, Aidiladha disambut Sabtu

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan Hari Berwukuf di Arafat, yang menandakan kemuncak ibadah haji, adalah pada Jumaat, 8 Julai ini.

Hari Raya Aidiladha akan disambut pada  Sabtu, 9 Julai, lapor Saudi Gazette menukil Agensi Berita Saudi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Mahkamah Agung negara itu anak bulan Zulhijjah disahkan dilihat di Balai Cerap Tamir, dekat Riyadh, pada petang Rabu (29 Jun).

Maka itu, Khamis adalah 1 Zulhijjah 1443 Hijrah di Arab Saudi dan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah, jatuh pada Sabtu,  9 Julai.

Kebanyakan negara Arab mengisytiharkan Aidiladha pada 9 Julai manakala negara-negara di Asia Tenggara akan menyambutnya  pada Ahad, 10 Julai, termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia, dan Brunei Darussalam.

Sumber : Agensi berita/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan