Skip to main content

Dunia

Arab Saudi tetapkan waktu lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi tetapkan waktu lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

MADINAH: Pengurus Masjid Nabawi menetapkan masa untuk masuk ke kawasan Raudah bagi para jemaah yang sudah mendapat permit, setelah mendaftar menerusi aplikasi Nusuk dan Tawakkalna.

Bagi jemaah lelaki, Raudah dibuka dari pukul 12.30 malam hingga solat Zuhur dan dari 11.30 pagi hingga solat Isyak.

Bagi jemaah wanita pula, masa lawatannya adalah dari 5.30 pagi hingga 11.00 pagi, dan dari 9.30 malam hingga 12.30 malam.

Kedua-dua jemaah lelaki dan wanita akan dibenarkan masuk melalui halaman selatan Masjid Nabawi, bertentangan dengan Pintu Masuk Nombor 37, lapor Saudi Gazette.

Langkah tersebut dilaksanakan untuk memudahkan kemasukan jemaah secara lancar.
Sumber : Agensi berita/MU/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita