Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi tetapkan garis panduan bagi jemaah haji

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan garis panduan yang harus dipatuhi jemaah haji sebelum dan selepas tiba di negara itu, lapor Saudi Gazette. 

Kementerian itu mengingatkan jemaah tentang peri pentingnya membawa semua dokumen rasmi semasa tiba di lapangan terbang untuk menyelesaikan prosedur perjalanan mereka. 

Jemaah juga harus berwaspada dan menyimpan sebarang peralatan elektronik yang  dibawa masuk pesawat. 

Jemaah juga harus memastikan setiap beg yang dibawa mematuhi saiz yang dibenarkan. Mereka turut dinasihatkan supaya meletakkan tanda pengenalan diri unik pada setiap beg yang dibawa sebelum diserahkan. 

Mereka dilarang membawa beg plastik, botol air dan cecair, serta beg yang tidak dibalut atau diikat. Kotak yang dibalut dengan kain juga dilarang.

Sebaik tiba di Arab Saudi, jemaah dikehendaki mendedahkan jumlah wang tunai atau barangan berharga mereka sekiranya nilainya melebihi 60,000 riyal Saudi (S$21,633). Ini termasuk mata wang asing, hadiah, peralatan dan barang kemas. 

Jemaah boleh berbuat demikian dengan mengisikan borang pengisytiharan kastam semasa memasuki atau meninggalkan Arab Saudi. 

Mereka juga dikehendaki mengisikan borang itu sekiranya membawa barangan yang nilai komersilnya melebihi 3,000 riyal Saudi (S$1,082), selain membawa barangan yang dilarang diimport atau dieksport seperti barangan antik atau membawa barangan yang dikenakan cukai eksais. 

Kementerian itu turut memberi amaran, ia akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak mengisikan borang tersebut, lapor Saudi Gazette. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan