Arab Saudi tetapkan 29 April sebagai tarikh akhir kepulangan jemaah Umrah
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 13 April sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah Umrah ke negara tersebut.
Kawasan Masjidil Haram pada 7 Jun 2024. (Gambar: X/HaramainInfo)
Manakala, 29 April pula ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk para jemaah meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim Haji yang akan datang.
Kementerian itu menegaskan bahawa mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kementerian tersebut turut menyeru orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.
Pihak kementerian juga menegaskan bahawa sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan, dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan kelewatan kepulangan jemaah boleh mengakibatkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (S$36,048), selain tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.