Skip to main content

Dunia

Arab Saudi temui emas di lombong sepanjang 100km

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Arab Saudi mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer (km) ke selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Makkah, lapor portal Saudi Gazette.

Menurut syarikat perlombongan dikenali sebagai Maaden dalam satu kenyataan, ia adalah penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.

Menurutnya, pihaknya menemukan banyak kawasan yang kaya dengan emas dan menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga itu di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata, penemuan itu berpotensi untuk menjadi pusat penemuan emas dunia dan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat mereka, lapor Harian Metro.

"Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tunggak ketiga ekonomi Saudi," katanya.

Dilaporkan, sebanyak 67 peratus saham Maaden dimiliki oleh Pelaburan Awam Saudi (PIF), dana kekayaan kerajaan yang juga syarikat perlombongan terbesar di rantau Teluk.

Mansourah Massarah adalah lombong emas terbaharu, terbesar dan paling maju dari segi teknologi di Arab Saudi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita