Arab Saudi tempah 20 kereta api laju Haramain baharu, pertingkat kapasiti
Pengendali kereta api nasional Arab Saudi sudah menandatangani perjanjian untuk membeli 20 buah tren berkelajuan tinggi baharu daripada syarikat Talgo dari Sepanyol.
Anggaran Waktu Membaca:
- Saudi Arabian Railways menandatangani perjanjian dengan Talgo dari Sepanyol untuk membeli 20 tren berkelajuan tinggi baharu, diumumkan pada 8 Februari.
- Tren baharu akan mula dihantar pada hujung 2028 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2031, meningkatkan jumlah tren kepada 55 unit.
- Peluasan rangkaian Kereta Api Laju Haramain bertujuan meningkatkan kapasiti penumpang melebihi 30 juta setahun dan memudahkan perjalanan jemaah haji serta pelawat antara Makkah dan Madinah.
- Setiap tren terdiri daripada 13 gerabak, termasuk gerabak khas untuk OKU, selaras dengan strategi logistik nasional dan usaha menyediakan pengangkutan moden serta inklusif.
RIYADH: Pengendali kereta api nasional Arab Saudi sudah menandatangani perjanjian untuk membeli 20 buah tren berkelajuan tinggi baharu daripada syarikat Talgo dari Sepanyol.
Langkah itu adalah untuk memperluas rangkaian Kereta Api Laju Haramain dan meningkatkan kapasiti penumpang kepada lebih 30 juta orang setahun.
Perjanjian itu diumumkan pada Ahad (8 Feb) oleh Saudi Arabian Railways (SAR) di bawah naungan Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik, Saleh Al-Jasser, yang juga merupakan pengerusi SAR, serta disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente.
Tren-tren baharu itu dijadual mula dihantar pada hujung tahun 2028, dan penghantaran penuh dijangka siap menjelang tahun 2031.
Apabila beroperasi kelak, tren-tren itu akan berkhidmat di seluruh rangkaian Kereta Api Laju Haramain yang menghubungkan Makkah dan Madinah melalui lima stesen.
Encik Saleh menyampaikan penghargaan kepada kepimpinan Arab Saudi atas sokongan berterusan terhadap sektor pengangkutan, sambil menyatakan bahawa peluasan itu selaras dengan Strategi Pengangkutan dan Logistik Kebangsaan untuk mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab logistik global.
Beliau berkata Kereta Api Laju Haramain, yang dirasmikan pada 2018 oleh Raja Salman bin Abdulaziz, merupakan salah satu projek pengangkutan paling strategik di negara itu kerana ia berhubung terus dengan urusan melayani Dua Masjid Suci.
Tambah beliau, memperkasakan rangkaian tren itu adalah sangat penting untuk memudahkan pergerakan jemaah haji dan pelawat dengan menawarkan pilihan pengangkutan yang selamat, moden, dan boleh dipercayai, di samping menyokong peralihan negara ke arah huraian pengangkutan yang mampan.
Ketua Pegawai Eksekutif SAR, Bashar Al-Malik, berkata tambahan tren tersebut akan menambah baik pengalaman perjalanan bagi jemaah haji dan umrah secara ketara, terutamanya semasa musim puncak, dengan meningkatkan fleksibiliti operasi dan mengurangkan kesesakan antara Makkah dan Madinah.
Beliau berkata peluasan itu akan meningkatkan kapasiti tahunan kereta api kepada lebih 30 juta penumpang, membolehkan rangkaian tersebut bertindak balas dengan lebih cekap terhadap permintaan yang semakin meningkat serta jangkaan pertambahan jumlah jemaah pada tahun-tahun akan datang.
Kereta Api Laju Haramain kini merupakan mod pengangkutan terpantas antara dua kota suci tersebut, beroperasi pada kelajuan sehingga 300 kilometer sejam dan melengkapkan perjalanan dalam masa sekitar dua jam.
Laluan tersebut merangkumi stesen-stesen perantara di Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, dan Bandar Ekonomi King Abdullah.
Rangkaian kereta api itu kini mengendalikan 35 buah tren. Dengan tempahan baharu ini, jumlah keseluruhan tren akan meningkat kepada 55 buah setelah semua penghantaran selesai, sekali gus meningkatkan kesediaan rangkaian semasa musim Umrah dan Haji.
Setiap tren baharu akan terdiri daripada 13 gerabak, termasuk lapan gerabak kelas ekonomi dan lima gerabak kelas perniagaan, dengan jumlah kapasiti tempat duduk sebanyak 417 penumpang.
Tren-tren tersebut juga akan menyertakan gerabak khas yang dilengkapi sepenuhnya untuk penumpang orang kurang upaya (OKU), bagi menyokong akses inklusif dan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua pelawat.

Sumber : Agensi berita/NK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.