Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi tegaskan pendirian berhubung isu Palestin tidak berubah meski buka ruang udara

Arab Saudi mengulangi ia akan terus menyokong perjuangan Palestin dan rakyat Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Arab Saudi mengulangi negara itu tidak sama sekali akan mengubah pendiriannya berhubung isu Palestin, di sebalik keputusannya membuka ruang udara kepada semua pesawat antarabangsa termasuk dari Israel.

Pemangku kuasa delegasi tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mohamed al-Atiq berkata demikian ketika sesi Majlis Keselamatan mengenai Palestin, lapor agensi Anadolu.

"Arab Saudi mengesahkan pendirian teguhnya tidak akan berubah dan akan terus menyokong perjuangan Palestin dan rakyat Palestin walaupun membenarkan penerbangan antarabangsa melintasi ruang udara Arab Saudi," katanya seperti dinukil Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Khamis (29 Jul).

Beliau berkata keputusan itu sejajar dengan kewajipan antarabangsa negara itu dan bukan bermakna ia menjadi permulaan kepada langkah-langkah lain.

Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berulang kali menyatakan bahawa ia tidak akan memulihkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv selagi isu Palestin tidak diselesaikan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan