Skip to main content

Dunia

Arab Saudi tawar vaksin RSV kepada warga emas bagi atasi risiko masalah pernafasan

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi tawar vaksin RSV kepada warga emas bagi atasi risiko masalah pernafasan

Seorang lelaki penduduk Arab Saudi menerima suntikan vaksin COVID-19. (Gambar: REUTERS)

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bahawa vaksin virus sinsitium pernafasan (RSV) kini tersedia di negara itu kepada mereka berusia 60 tahun dan ke atas.

Dr Abdullah Asiri, Timbalan Menteri Kesihatan Pencegahan dan Perunding Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan Arab Saudi, menggalakkan mereka yang layak untuk menghubungi doktor keluarga mereka melalui aplikasi "Sehhaty" supaya mendapatkan vaksin tersebut.

Beliau menarik perhatian bahawa RSV adalah punca utama bayi kurang setahun dimasukkan ke hospital, dan penyebab utama penyakit pneumonia dan penyakit lain yang menyebabkan kematian di kalangan warga emas.

Vaksin itu dijangka dapat mengurangkan kesan kepada kesihatan akibat virus tersebut, lapor Saudi Gazette.

Pada Januari, Dr. Asiri berkata bahawa Arab Saudi akan menjadi negara kelima untuk memperkenalkan vaksin RSV kepada mereka berusia 65 dan ke atas, selepas vaksin itu diluluskan di Kesatuan Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun.

Rancangan untuk meluluskan satu lagi vaksin bertujuan untuk melindungi bayi buat enam bulan pertama, sedang dijalankan.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita