Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi tambah jumlah jemaah Haji tahun ini kepada sejuta

Arab Saudi memutuskan untuk menambah jumlah jemaah Haji tahun ini kepada sejuta bagi jemaah dari dalam dan luar negara, lapor Saudi Press Agency (SPA) pada Sabtu (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi tambah jumlah jemaah Haji tahun ini kepada sejuta

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 09 Apr 2022 10:13AM Dikemas Kini : 09 Apr 2022 11:30AM

JEDDAH: Arab Saudi memutuskan untuk menambah jumlah jemaah Haji tahun ini kepada sejuta bagi jemaah dari dalam dan luar negara, lapor Saudi Press Agency (SPA) pada Sabtu (9 Apr).

Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan bahawa ia sudah meluluskan seramai sejuta jemaah dalam dan luar negara untuk mengerjakan ibadah Haji 1443H/2022.

Kementerian tersebut menyatakan kerajaan negara itu berhasrat untuk memastikan jumlah maksimum umat Islam seluruh dunia berpeluang mengerjakan ibadah Haji dan mengunjungi Masjid Nabawi dalam sekitaran yang selamat.

"Ia sangat penting bagi kerajaan Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci untuk mengekalkan keselamatan para jemaah Haji serta pelawat ke Masjid Nabawi."

Jumlah jemaah yang datang dari negara-negara tertentu bagi mengerjakan Haji tahun ini adalah sejajar dengan kuota yang ditetapkan bagi setiap negara dan mengambil kira pematuhan kepada semua saranan kesihatan.

Kementerian itu menjelaskan bahawa ibadah Haji tahun ini akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat berikut:

1. Ibadah Haji tahun ini dibuka kepada mereka yang berusia bawah 65 tahun dan sudah mendapatkan vaksin COVID-19 diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

2. Jemaah yang datang dari luar negara perlu menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 yang dijalankan dalam tempoh 72 jam sebelum mereka berlepas ke Saudi.

Kementerian Kesihatan Saudi mengarahkan semua jemaah supaya mematuhi peraturan kesihatan dan semua langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan dan keselamatan ketika mengerjakan ibadah Haji.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa