Arab Saudi tamatkan operasi pemindahan dari Sudan

(Gambar: SPA/AFP)
JEDDAH: Arab Saudi menamatkan operasi kemanusiaan untuk membawa keluar rakyatnya dan warga negara lain dari Sudan, lapor Saudi Gazette.
Operasi kemanusiaan yang dikelolakan Kerajaan Arab Saudi itu membantu 8,455 orang, termasuk 404 rakyat Saudi dan 8,051 lagi dari negara lain, yang terdiri daripada 110 kerakyatan.
Mereka dipindahkan menerusi kapal Tentera Laut Diraja Saudi dan pesawat Pasukan Tentera Udara Diraja Saudi.
Arab Saudi turut membantu negara-negara lain dengan membawa 11,184 warga negara lain ke negara itu sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang ke negara masing-masing.
Kerajaan Saudi menyediakan jagaan penuh dan bantuan susulan kepada semua individu yang diselamatkan sepanjang tempoh mereka berada di Arab Saudi sebelum berangkat pulang.
Kementerian Ehwal Luar Arab Saudi mengucapkan terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan di Sudan atas kerjasama mereka dalam operasi tersebut.
Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan-rakan negara yang membuat aturan susulan bagi warga negara mereka yang diselamatkan dari Sudan serta bekerjasama untuk menamatkan prosedur berhubung kepulangan mereka ke tanah air.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.