Skip to main content

Dunia

Arab Saudi tahan 10 aktivis wanita yang perjuang hak memandu

Pihak berkuasa Arab Saudi meluaskan tindakan tegar ke atas golongan yang memperjuangkan hak wanita.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 May 2018 08:01PM Dikemas Kini : 23 May 2018 11:19PM

ARAB SAUDI: Pihak berkuasa Arab Saudi meluaskan tindakan tegar ke atas golongan yang memperjuangkan hak wanita.

Sekurang-kurangnya 10 wanita ditahan kerana berkempen meminta hak kaum wanita, memandu kereta di negara itu.

Pihak berkuasa Saudi mendakwa wanita-wanita itu "mempunyai hubungan yang mencurigakan" dengan pihak asing yang cuba menggugat keselamatan negara.

Kumpulan hak asasi manusia pula mengatakan wanita-wanita tersebut hanya berkempen supaya kaum wanita dibenarkan memandu.

Wanita Saudi akan hanya dibenarkan memandu mulai 24 Jun ini, di bawah satu dekri yang dikeluarkan oleh Putera Mahkota.

Bagaimanapun, para pengkritik menganggap penangkapan itu sebagai isyarat kuat mengenai tentangan pihak konservatif terhadap permodenan. 

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita