Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Arab Saudi setuju halang Iran daripada mendapat senjata nuklear

Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi bersetuju tentang pentingnya untuk menghalang Iran daripada "memperoleh senjata nuklear".

Demikian menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Presiden AS, Joe Biden kini berada di Arab Saudi dan bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman pada Jumaat (15 Jul).

Kenyataan itu menyatakan bahawa Encik Biden juga mengesahkan komitmen berterusan AS untuk menyokong "keselamatan dan pertahanan wilayah Arab Saudi serta memudahkan keupayaan kerajaan itu untuk memperoleh apa yang diperlukan untuk melindungi rakyat dan wilayah itu daripada ancaman luar.

Saudi Arabia dan AS menekankan perlunya untuk terus menghalang campur tangan Iran dalam "hal ehwal negara lain, sokongannya kepada pengganasan dan usaha untuk menjejas kestabilan dan keselamatan di rantau itu," menurut kenyataan tersebut.

Kedua-dua pihak menekankan perlunya untuk memelihara aliran bebas perdagangan melalui laluan air antarabangsa yang strategik seperti Bab al-Mandab dan Selat Hormuz.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan