Arab Saudi senarai hitam 54 syarikat umrah di 19 negara Arab, Islam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Satellite image ©2024 Maxar Technologies / AFP
KAHERAH: Sebanyak 54 pengendali pelancongan di 19 negara Arab dan Islam yang menganjurkan perjalanan umrah telah disenaraihitam kerana melanggar peraturan, lapor Gulf News menukil akhbar Arab Saudi, Al Watan.
Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha memerangi kegiatan haram dalam perjalanan palsu umrah di Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikesan melanggar peraturan semasa musim haji pada Jun.
Ratusan anggota jemaah haji yang tidak berdaftar secara rasmi, meninggal dunia terutama akibat panas terik.
Beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang menyelaras dengan agensi keselamatan negara untuk mendedahkan sindiket orang tengah umrah di dalam dan luar negara, tambah akhbar tersebut, lapor Gulf News.
Orang tengah sedemikian dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia kerana mereka dituduh membawa masuk jemaah haji tidak berdaftar yang tidak mampu membayar kos sah umrah untuk visa lawatan, katanya memetik sumber rahsia.
Tiada ulasan rasmi Arab Saudi mengenai laporan itu.
Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Abdul Fatah Mashat, baru-baru ini bertemu dengan wakil syarikat umrah, untuk membincangkan persiapan menghadapi musim umrah baru yang bermula selepas 1.8 juta umat Islam menunaikan ibadah haji tahunan di dalam dan sekitar kota suci Makkah.
Arab Saudi pada Jun mengumumkan bahawa 1,301 anggota jemaah haji, atau 83 peratus daripadanya memasuki secara tidak sah, meninggal dunia semasa haji baru-baru ini, selepas meredah perjalanan jauh di bawah terik matahari.
Pihak berkuasa Saudi telah berulang kali mengatakan bahawa visa haji adalah wajib untuk menunaikan haji tahunan yang tahun ini bertepatan dengan cuaca panas melampau.
Pihak berkuasa juga berkata bahawa visa lawatan tidak memberikan pemegangnya kelulusan untuk menunaikan haji selain menghalang pemegangnya daripada memasuki Makkah dan tempat-tempat berdekatan di mana upacara haji dijalankan.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.