Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi selesai musim haji terbesar era COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Sebilangan besar jemaah, khususnya jemaah dalam negeri, sudah mula melakukan Tawaf Al-Wida sebelum meninggalkan Makkah pada Isnin malam (11 Jul) selepas menyempurnakan ibadah Haji. 

Pihak berkuasa Saudi mengumumkan bahawa 50 peratus jemaah sudah meninggalkan Mina pada Isnin selepas selesai melaksanakan ibadah Haji, manakala jemaah-jemaah lain akan menetap satu hari lagi di Mina dan bakal pulang pada Selasa (12 Jul) selepas menyelesaikan ibadah lontar jamrah.

Pejabat Penjaga Ehwal Dua Masjid Suci sudah menyiapkan sistem perkhidmatan bersepadu untuk memudahkan pelaksanaan ibadah tawaf. Ini menyusuli usaha Ketua Pejabat Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais yang mengerahkan sumber pegawainya, termasuk 500 pekerja, untuk mengurus dan mengaturkan jemaah dengan kerjasama penguasa keselamatan di pekarangan Masjidil Haram. 

Sekitar 50 peratus jemaah sudah meningalkan Mina pada awal Isnin selepas menyempurnakan ibadah lontar jamrah untuk ke Makkah bagi melaksanakan Tawaf Al-Wida bagi menandakan selesainya ibadah Haji mereka. 

Jemaah mula melakukan ibadah lontar jamrah pada Isnin petang (11 Jul) dalam keadaan teratur dan secara aman. 

Meskipun Haji berakhir secara rasmi pada Selasa (12 Jul), hari ketiga Tashriq, jemaah dibenarkan pulang awal sehari pada Isnin (11 Jul). 

Sesetengah jemaah Haji, yang sebilangan besarnya jemaah domestik, mengambil kesempatan ini untuk pulang pada Isnin (11 Jul). 

Jemaah asing pula akan menetap di Makkah sehingga waktu penerbangan untuk pulang. Mereka akan menunaikan Tawaf Al-Wida sebelum meninggalkan Makkah. 

Jemaah kelihatan gembira setelah menyempurnakan ibadah Haji mereka. Sesetengah jemaah turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat peluang unik dan rahmat Tuhan untuk menjadi salah satu Tetamu Tuhan kali ini. 

Mereka memuji usaha luar biasa kerajaan Arab Saudi di bawah pimpinan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad Salman, serta Kementerian haji dan Umrah dan semua agensi terlibat dalam menyediakan khidmat agar mereka dapat menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa. 

Mereka berdoa agar ibadah mereka ini diterima dan juga agar mereka yang membantu mereka menunaikan ibadah ini dirahmati. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan