Arab Saudi sekat pemegang visa lawatan daripada masuki Makkah semasa musim haji
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERITAmediacorp)
RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Saudi mengumumkan sekatan ke atas kemasukan ke Makkah bagi pemegang semua jenis visa lawatan dari 23 Mei hingga 21 Jun 2024, yang bertepatan dengan musim haji akan datang.
Kementerian tersebut menjelaskan bahawa visa lawatan tidak meliputi kelulusan untuk menunaikan haji.
Para pelawat yang sedang berada di Saudi di bawah visa lawatan dinasihati supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke Makkah semasa tempoh itu bagi menghindar daripada dikenakan denda di bawah peraturan-peraturan Kerajaan itu, menurut agensi berita Saudi Gazette.
Langkah-langkah itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada persiapan keselamatan dan pertubuhan yang bermatlamat untuk memastikan keselamatan para jemaah haji yang diberikan kelulusan dan membenarkan mereka untuk menunaikan ibadah mereka dengan lancar tanpa sebarang gangguan, dipetik daripada Saudi Gazette.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.