Arab Saudi sedia Wi-Fi percuma bagi jemaah haji
Anggaran Waktu Membaca:
Makkah mengalu-alukan kedatangan jemaah dari luar Arab Saudi sebelum Haji bermula pada 6 Julai 2022. (Gambar: Christina Assi/AFP)
MAKKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, yang diwakili oleh cawangannya di wilayah Makkah, menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk jemaah haji di Masjid Al-Tanaim dan Al-Hal di kawasan Al-Ji'rranah, serta miqat Qarn Al-Manazil dan Wadi Muharram.
Perkhidmatan tersebut merupakan sebahagian daripada perkhidmatan teknikal yang diluluskan oleh kementerian untuk pelan haji 1445H/2024, yang bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah melalui akses kepada teknologi moden dan platform digital, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menurut Saudi Press Agency (SPA), Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.
Lebih menarik, Koleksi Perpustakaan Islam yang memiliki lebih 3,000 bahan undang-undang dan saintifik dalam lebih 45 bahasa boleh diakses melalui Wi-Fi.
Perkhidmatan percuma itu membolehkan jemaah mencari jawapan kepada soalan berkaitan haji, dan menonton video bermaklumat serta panduan yang dihasilkan oleh kementerian.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.