Arab Saudi sedia sambut 1.5 juta jemaah haji; teknologi AI & rangkaian 5G dimanfaat sepenuhnya
Anggaran Waktu Membaca:
Suasana di Makkah sebagaimana dikongsi media tempatan pada 6 Apr 2024. (Gambar: @insharifain/X)
RIYADH: Lima kementerian Arab Saudi secara bersama mengumumkan pada Rabu (13 Mei) bahawa negara itu sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah ibadah haji tahun ini.
Seramai 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia dijangka hadir untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Kerajaan Arab Saudi sudah membuat persiapan rapi yang merangkumi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan liputan penuh rangkaian 5G. Lebih 52,000 petugas kesihatan juga bersedia memberi bantuan.
Menteri Media, Salman Al-Dosari, dalam sidang media di Riyadh mengesahkan bahawa sistem pengurusan haji kini bergantung kepada rancangan terperinci yang menganalisis pergerakan dan kepadatan jemaah menggunakan teknologi moden dan AI.
Beliau juga berkata bahawa seluruh kawasan tapak suci kini mempunyai liputan rangkaian 5G yang lengkap.
Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Islam telah mempersiap lebih 20,000 masjid dan memberi lebih dua juta naskhah al-Quran sebagai hadiah daripada Penjaga Dua Kota Suci.
Menteri Pengangkutan, Saleh Al-Jasser juga memaklumkan,sebanyak 3 juta kapasiti tempat duduk penerbangan tersedia di enam lapangan terbang yang menghubungkan Arab Saudi dengan lebih 300 lapangan terbang di seluruh dunia.
Antara inisiatif utama yang diteruskan ialah 'Makkah Route' yang kini masuk tahun kelapan. Program ini membolehkan jemaah melakukan pemeriksaan visa di lapangan terbang negara asal mereka, melibatkan 16 buah negara. Setakat ini, lebih 1.2 juta jemaah sudah mendapat manfaat daripada program tersebut.
Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah, memaklumkan setakat ini lebih 860,000 jemaah sudah tiba. Antara kemudahan baharu yang diperkenalkan termasuk:
Untuk keselesaan jemaah, lebih 60,000 pokok ditanam dan sistem penyejukan dengan lebih 6,000 tiang semburan air diaktifkan bagi mengurangkan kesan cuaca panas.
Menteri Kesihatan, Fahad Al-Jalajel, mengesahkan lebih 20,000 katil hospital disediakan, termasuk 25 pusat rawatan kecemasan. Kemudahan lain termasuk:
Kementerian Perbandaran dan Perumahan pula menyiapkan rangkaian infrastruktur seluas 4.6 juta meter persegi serta menyediakan lebih 88,000 kemudahan tandas yang beroperasi 24 jam.
Bagi pengangkutan dalaman, sebanyak 3,000 bas disediakan untuk membawa jemaah ke Masjidil Haram, manakala Kereta Api Tapak Suci mampu membawa sehingga 72,000 penumpang setiap jam.
Pihak berkuasa turut menekankan kempen "Tiada Haji Tanpa Permit" bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua jemaah yang berdaftar secara sah.

- Kad Identiti Nusuk: Diberikan kepada semua jemaah yang tiba sebagai pengenalan diri rasmi.
- Haji Tanpa Bagasi: Inisiatif ini diperluaskan kepada semua jemaah antarabangsa di mana beg pakaian akan dihantar terus dari lapangan terbang negara asal ke tempat penginapan di Makkah.
- Aplikasi Nusuk: Kini mempunyai lebih 51 juta pengguna di seluruh dunia.
- Peta 3D dan Skrin Pelbagai Bahasa: Digunakan untuk sistem panduan jemaah di tapak suci.
- Terjemahan Khutbah Arafah: Terjamahan ke dalam 50 bahasa.
Untuk keselesaan jemaah, lebih 60,000 pokok ditanam dan sistem penyejukan dengan lebih 6,000 tiang semburan air diaktifkan bagi mengurangkan kesan cuaca panas.
Menteri Kesihatan, Fahad Al-Jalajel, mengesahkan lebih 20,000 katil hospital disediakan, termasuk 25 pusat rawatan kecemasan. Kemudahan lain termasuk:
- Lebih 3,000 ambulans dan 11 ambulans udara (helikopter).
- Penggunaan dron untuk menghantar ubat-ubatan dan sampel perubatan.
- Penggunaan jam tangan pintar untuk memantau keadaan kesihatan jemaah dari jauh.
- Hospital Maya Seha untuk rawatan pakar secara digital.
Kementerian Perbandaran dan Perumahan pula menyiapkan rangkaian infrastruktur seluas 4.6 juta meter persegi serta menyediakan lebih 88,000 kemudahan tandas yang beroperasi 24 jam.
Bagi pengangkutan dalaman, sebanyak 3,000 bas disediakan untuk membawa jemaah ke Masjidil Haram, manakala Kereta Api Tapak Suci mampu membawa sehingga 72,000 penumpang setiap jam.
Pihak berkuasa turut menekankan kempen "Tiada Haji Tanpa Permit" bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua jemaah yang berdaftar secara sah.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.