Skip to main content

Dunia

Arab Saudi sedia khidmat bersepadu bermutu tinggi di Madinah selaras Visi Saudi 2030

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi sedia khidmat bersepadu bermutu tinggi di Madinah selaras Visi Saudi 2030

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Aug 2026 01:56PM
  • Agensi kerajaan dan penyedia perkhidmatan Arab Saudi di Madinah melaksanakan sistem perkhidmatan bersepadu untuk jemaah dan pengunjung Masjid Nabawi.
  • Langkah ini meliputi pengurusan orang ramai, sanitasi, pengagihan air zamzam, kawalan suhu serta kemudahan laluan pejalan kaki dan mesra OKU.
  • Pasukan keselamatan, trafik dan perbandaran turut memantau sektor hospitaliti dan komersil tempatan secara aktif.
  • Perkhidmatan diperluas ke Masjid Quba dan Bukit Uhud, selaras dengan Visi Saudi 2030 untuk memperkaya pengalaman rohani pengunjung.
Dijana oleh AI

MADINAH: Agensi kerajaan dan penyedia perkhidmatan Arab Saudi di Madinah menyediakan sistem perkhidmatan bersepadu bermutu tinggi untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan penghayatan rohani jemaah serta pengunjung Masjid Nabawi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Operasi di masjid itu merangkumi pengurusan orang ramai sepanjang masa, sanitasi, pengagihan air zamzam dan kawalan suhu, selain peningkatan kemudahan bandar di laluan pejalan kaki sekitar, kawasan berbumbung serta laluan mesra orang kurang upaya (OKU).

Pasukan keselamatan, trafik dan perbandaran turut menjalankan pemantauan di lapangan terhadap sektor hospitaliti dan komersil tempatan.

Perkhidmatan menyeluruh itu turut diperluas ke lokasi bersejarah utama termasuk Masjid Quba dan Bukit Uhud, selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030 untuk memperkaya pengalaman perjalanan jemaah dan pengunjung.

Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita