Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi sasar 15 juta jemaah umrah dan bina 15 tapak Islam pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi sasar 15 juta jemaah umrah dan bina 15 tapak Islam pada 2025

Keutamaan akan diberi kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada musim Haji 2025. (Gambar: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi/Facebook)

MAKKAH: Program Doyof Al-Rahman diterajui Arab Saudi mendedahkan rancangannya untuk menerima 15 juta jemaah Umrah dan membangunkan 15 tapak Islam dan warisan pada 2025.

Program tersebut akan menumpukan kepada usaha meluaskan infrastruktur di Makkah dan Madinah, serta menyediakan lebih banyak khidmat kepada para jemaah, melalui pendigitalan, pada standard tertinggi.

Program itu akan menjalankan kerja-kerja ubah suai dan pembangunan di tapak bersejarah Islam di daerah Makkah dan Madinah.

Menurut laporan Arab News, negara itu merancang untuk selesai membina 40 tapak sedemikian menjelang 2030, dengan tujuan orang ramai dalam mengalami pelbagai aspek warisan dan kerohanian.

Usaha tersebut bertujuan untuk memenuhi keperluan jemaah, dan menyediakan pengalaman yang lebih baik sepanjang perjalanan mereka, sambil memanfaatkan teknologi terkini untuk mencapai matlamat itu.

Rancangan tersebut menjangkakan untuk menerima 30 juta jemaah menjelang 2030, dengan memudahkan prosedur menunaikan umrah, serta penyelesaian berkesan dan inovatif, untuk memenuhi jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Program Doyof Al-Rahman merupakan salah satu program eksekutif Visi Saudi 2030, yang melibatkan 70 entiti daripada sektor awam, privet dan badan tidak meraih untung.

Program itu berharap dapat meningkatkan khidmat disediakan kepada jemaah, dan menawarkan khidmat yang membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa, dengan mencapai tiga sasaran strategik.

Ia termasuk keupayaan untuk menampung lebih banyak jemaah, memudahkan akses ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, menyediakan khidmat bermutu tinggi buat jemaah haji dan umrah, serta memperbaiki pengalaman warisan dan keagamaan mereka.
Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan