Arab Saudi ramalkan curahan hujan lebih tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Amer Hilabi)
RIYADH: Pusat Meteorologi Negara (NCM) Arab Saudi menjangkakan kebanyakan wilayah negara itu akan mengalami curahan hujan lebih tinggi daripada purata, dengan kenaikan 50 hingga 60 peratus pada musim gugur.
Demikian menurut laporan ramalan cuaca dikeluarkan NCM untuk musim gugur 2023.
Hujan diramalkan turun 50 hingga 60 peratus lebih tinggi daripada purata pada musim gugur, iaitu pada bulan September, Oktober dan November.
Wilayah Al-Sharqiyah, Sempadan Utara, Al-Qassim, Hail, Al-Jouf, Tabuk, Madinah dan beberapa bahagian wilayah Riyadh dan Makkah akan menerima hujan yang lebih tinggi, lapor Saudi Gazette.
Curahan hujan lebih tinggi daripada purata di wilayah tersebut akan berlaku terutama pada bulan-bulan Oktober dan November, dedah NCM.
Laporan itu meramalkan beberapa kes hujan lebat ekstrem di Arab Saudi, namun ia menjelaskan bahawa kes sedemikian tidak muncul dalam model iklim jangka panjang dan boleh dijangkakan dalam masa terdekat.
NCM menyatakan, sejak 2017, jumlah kes hujan yang melampau naik, namun tiada perbezaan dalam kes sangat melampau.
Bagi ramalan suhu permukaan semasa musim gugur, NCM menyatakan jangkaannya menunjukkan bahawa ia akan naik sehingga 80 peratus di semua wilayah negara itu, iaitu dua darjah Celsius lebih tinggi daripada purata di wilayah Riyadh dan Najran.
Manakala di kebanyakan wilayah Arab Saudi lain, ia akan naik satu setengah darjah Celsius.
Menurut Pusat Metereologi Negara Arab Saudi, musim panas tahun ini akan berakhir pada Jumaat 22 September.
Jurucakap NCM Hussain Al-Qahtani memberitahu Okaz dan Saudi Gazette bahawa suhu akan turun secara perlahan pada beberapa hari akan datang di kebanyakan wilayah negara itu dan pada musim luruh.
Musim luruh tahun ini merupakan musim yang akan menerima hujan yang banyak dan akan bermula dalam 24 hari.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.