Arab Saudi, Qatar meterai perjanjian rangkaian tren laju
Arab Saudi dan Qatar menandatangani satu perjanjian pada Isnin (8 Dis) untuk membina rangkaian tren laju iaitu pertama seumpamanya antara kedua-dua negara Teluk itu.
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Arab Saudi dan Qatar menandatangani satu perjanjian pada Isnin (8 Dis) untuk membina rangkaian tren laju iaitu pertama seumpamanya antara kedua-dua negara Teluk itu.
Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat di Riyadh antara Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang diadakan di bawah rangka Majlis Penyelarasan Saudi-Qatar.
Laluan baharu itu akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Salman di Riyadh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, sekali gus mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu kota kepada hanya dua jam.
Menurut kenyataan bersama yang dibuat selepas mesyuarat tersebut, projek tren itu dijangka siap dalam tempoh enam tahun.
Ia juga dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan di kedua-dua negara dan membawa lebih 10 juta penumpang setiap tahun apabila ia beroperasi.
Para pemimpin tersebut bertemu di Istana Al-Yamamah di Riyadh dan bersama-sama mempengerusikan sesi kelapan Majlis Penyelarasan Qatar-Saudi, menurut laporan Agensi Berita Saudi.
Sheikh Tamim diiringi oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani, serta sebuah delegasi pegawai kanan.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.