Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi perkukuh pendidikan Islam di Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Dalam usaha untuk mengukuhkan pendidikan Islam di luar negara, Kementerian Ehwal Islam Arab Saudi melancarkan kursus keduanya buat golongan imam dan pendakwah di Filipina.

Program tersebut menarik lebih 160 peserta pada hari kedua, Jumaat (4 Oct), dari seluruh negara, lapor Arab News.

Ia dianjurkan oleh Pegawai Agama di Kedutaan Arab Saudi di Manila, dan menampilkan pendakwah terkemuka seperti Fahd Al-Fuhaid.

Pada Jumaat, Dr Al Fuhaid menyampaikan kuliah berkait Tauhid, di mana beliau menekankan isu-isu penting bagi pendakwah.

Sesi tersebut mencetuskan perbincangan dan persoalan dari peserta yang ingin mendalami pemahaman mereka dalam pendidikan Islam.

Kursus pendidikan kedua bagi golongan pendakwah dan imam di Filipina mendapat sambutan hangat dari seluruh negara tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan