Arab Saudi perkenalkan visa bagi kemasukan berulang
Anggaran Waktu Membaca:
Kaabah di Masjidil Haram. (Gambar fail: BERITAmediacorp)
MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah telah memperkenalkan visa Umrah kemasukan berulang yang membolehkan jemaah memasuki Arab Saudi beberapa kali dalam tempoh satu tahun dan tinggal di negara itu sehingga 90 hari secara keseluruhannya.
Sah selama 365 hari dari tarikh pengeluaran, visa itu membolehkan jemaah membuat lawatan berbilang sepanjang tempoh sah lakunya. Jumlah tempoh tinggal yang dibenarkan selama 90 hari dikira secara kumulatif berdasarkan bilangan hari yang dihabiskan di Saudi itu semasa setiap lawatan.
Kementerian Haji dan Umrah Saudi bagaimanapun menjelaskan, visa Umrah kemasukan berulang itu tidak boleh digunakan untuk semasa musim Haji. Selain itu, tempoh pakej tidak boleh melebihi baki bilangan hari yang tersedia di bawah visa tersebut.
Untuk mendapatkan visa itu, jemaah mesti membeli pakej perkhidmatan daripada salah satu penyedia perkhidmatan bertauliah yang disenaraikan di platform Nusuk bagi setiap lawatan.
Sebelum setiap kemasukan ke Saudi, jemaah juga dikehendaki mendapatkan permit Umrah melalui aplikasi Nusuk, dengan tarikh permit sepadan dengan pakej perkhidmatan yang diluluskan, sambil memenuhi semua keperluan perjalanan dan kemasukan yang berkenaan.
Menurut laporan Saudi Gazette itu, visa tersebut digantung secara automatik selepas setiap keberangkatan keluar dari negara itu dan diaktifkan semula untuk lawatan berikutnya sebaik sahaja keperluan peraturan dipenuhi.
Sebarang baki tempoh tinggal yang layak dibawa ke masa hadapan secara automatik dan boleh digunakan semasa lawatan akan datang dalam tempoh sah laku visa tersebut.

Sumber : Agensi berita/AA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.