Skip to main content

Dunia

Arab Saudi perhebat program kesedaran adab tertib ziarah Masjid Nabawi

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperhebat usaha kesedaran dan bimbingan bagi mendidik jemaah haji serta pengunjung berhubung adab tertib menziarahi Masjid Nabawi dan cara yang betul untuk memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW serta dua sahabat baginda.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi perhebat program kesedaran adab tertib ziarah Masjid Nabawi

Pihak berkuasa Saudi memperhebat usaha kesedaran dan bimbingan bagi mendidik jemaah haji serta pengunjung mengenai adab tertib menziarahi Masjid Nabawi. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 17 May 2026 11:57PM
MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperhebat usaha kesedaran dan bimbingan bagi mendidik jemaah haji serta pengunjung berhubung adab tertib menziarahi Masjid Nabawi dan cara yang betul untuk memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW serta dua sahabat baginda.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), usaha itu dilaksanakan menerusi "sistem bimbingan bersepadu" dan kandungan pengisian dalam beberapa bahasa bagi meningkatkan kesedaran agama dan intelektual para pengunjung sepanjang musim haji.

Program kesedaran itu termasuk penyampaian mesej bimbingan secara langsung di dalam Masjid Nabawi dan pekarangannya, selain penggunaan skrin digital serta kandungan digital berbilang bahasa.

Program itu bertujuan mendidik jemaah berhubung hukum dan adab tertib berkaitan ziarah, selain menggalakkan tingkah laku yang mencerminkan penghormatan terhadap tempat suci tersebut sambil mengekalkan ketenteraman dan ketertiban di Masjid Nabawi, menurut laporan berkenaan.

Pihak berkuasa tersebut turut menegaskan komitmennya untuk menyampaikan mesej kesedaran menerusi saluran yang mudah diakses dengan mengambil kira kepelbagaian warganegara dan bahasa jemaah sebagai sebahagian daripada usaha memperkaya pengalaman kerohanian mereka serta menyebarkan mesej kesederhanaan Dua Masjid Suci.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita