Arab Saudi peluas khidmat e-visa pelabur kepada semua negara
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP
RIYADH: Arab Saudi pada Isnin (6 Nov) mengumumkan individu dari seluruh dunia kini boleh memohon e-visa "pelabur pelawat" secara online, lapor Xinhua.
Warga asing kini boleh memohon untuk melakukan lawatan perniagaan melalui platform "Melabur Saudi" (atau "Invest Saudi") yang bergabung dengan Kementerian Pelaburan Saudi untuk memperoleh visa digital yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi.
Pemohon tidak lagi perlu pergi ke pejabat perwakilan luar Arab Saudi untuk mendapatkan biometrik, dan visa itu mempunyai tempoh sah selama setahun, lapor Saudi Press Agency.
Kemudahan itu disediakan bagi meningkatkan pelaburan, lapor agensi itu memetik Mohammed Abahussain, Setiausaha di Kementerian Pelaburan bagi Perkhidmatan Pelabur Bersepadu.
Kelayakan e-visa diperluas untuk memasukkan negara yang disenaraikan dalam platform "Invest Saudi", pemegang visa pelancong atau komersial yang sah dari Amerika Syarikat, Britain atau mana-mana negara Schengen dan mereka yang mempunyai kediaman tetap di Amerika, Britain atau Kesatuan Eropah (EU).
Pemegang pemastautin yang sah selama sekurang-kurangnya tiga bulan di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, serta mereka yang dilesenkan oleh Kementerian Pelaburan Arab Saudi dengan tiga visa segera setiap tahun boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan itu.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.