Arab Saudi, Pakistan kutuk serangan ketenteraan sasar Iran
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: ATTA KENARE / AFP
RIYADH: Arab Saudi menzahirkan kecaman dan kutukannya terhadap serangan ketenteraan yang menyasarkan Iran, menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan Iran serta undang-undang dan norma antarabangsa, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kerajaan Arab Saudi menegaskan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dalam menolak peningkatan ketegangan berterusan di rantau ini dan peluasan konflik yang mengancam keselamatan serta kestabilan negara-negara dan penduduk di rantau berkenaan.
Kerajaan itu menggesa semua pihak untuk menahan diri sepenuhnya dan meredakan ketegangan, serta memberi amaran tentang padah daripada konflik ketenteraan yang berterusan di rantau ini.
Riyadh juga menyeru masyarakat antarabangsa serta pihak yang berpengaruh dan aktif agar melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka dalam meredakan ketegangan dan menamatkan konflik di rantau ini.
PAKISTAN KUTUK SERANGAN
Pakistan pada Sabtu turut mengecam serangan udara Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, yang menimbulkan ancaman kepada kestabilan serantau.
“Serangan ketenteraan Israel terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Republik Islam Iran adalah satu pelanggaran serius terhadap Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
“Serangan ini menjejaskan usaha ke arah keamanan dan kestabilan serantau serta merupakan peningkatan ketegangan yang berbahaya di rantau yang sudah tidak stabil," kata Kementerian Luar Pakistan.
Kementerian Luar Pakistan menyatakan campur tangan antarabangsa diperlukan untuk menghentikan "tingkah laku jenayah" Israel.
Kementerian itu menegaskan Israel bertanggungjawab sepenuhnya untuk kitaran semasa peningkatan ketegangan dan perluasan konflik.
“Kami menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memainkan peranannya bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta mengambil langkah segera untuk menamatkan tindakan melulu Israel di rantau ini dan tingkah laku jenayahnya," menurut kenyataan itu.
Menurut Agensi Anadolu, Israel melancarkan serangan ke atas "sasaran ketenteraan" di Iran, dengan letupan dilaporkan berlaku di Tehran pada awal Sabtu.
Beberapa jam kemudian, tentera Israel mengumumkan serangan udara yang disasarkan ke atas kemudahan ketenteraan Iran "telah selesai".
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa Iran mendakwa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam dan wilayah barat daya Khuzestan berjaya dipintas, dengan hanya mengakibatkan kerosakan "terhad".

Sumber : AGENCIES/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.