Skip to main content

Dunia

Arab Saudi naik taraf papan tanda di Masjidil Haram bagi lancarkan pergerakan jemaah

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi membangunkan papan tanda pandu arah “Anda Di Sini” yang dikemas kini bagi memudahkan pergerakan jemaah haji dan umrah di dalam Masjidil Haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi naik taraf papan tanda di Masjidil Haram bagi lancarkan pergerakan jemaah

Penambahbaikan papan tanda di Masjidil Haram bertujuan membantu para jemaah sampai ke destinasi masing-masing dengan mudah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 May 2026 07:59AM
MINA: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi membangunkan papan tanda pandu arah “Anda Di Sini” yang dikemas kini bagi memudahkan pergerakan jemaah haji dan umrah di dalam Masjidil Haram.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan penambahbaikan itu bertujuan membantu jemaah sampai ke destinasi masing-masing dengan mudah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa itu untuk meningkatkan pengalaman para pengunjung Masjidil Haram.

Kerja pembangunan itu merangkumi pengemaskinian kandungan papan tanda berdasarkan pengubahsuaian dan penambahbaikan berterusan terhadap perkhidmatan serta kemudahan di dalam Masjidil Haram, bagi memastikan ketepatan maklumat yang disediakan selain selaras dengan perubahan di lapangan.

Pihak berkuasa itu menegaskan langkah berkenaan dilaksanakan dalam kerangka komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sistem panduan lokasi dengan menyediakan maklumat yang jelas dan terkini, bagi membantu pengunjung mengenal pasti lokasi mereka serta bergerak dengan lebih berkesan, khususnya ketika waktu sibuk.

Papan tanda yang dikemas kini itu turut menyumbang kepada pengurangan kesesakan akibat pertanyaan, selain melancarkan pergerakan orang ramai, menyokong usaha pengurusan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman pengunjung.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita