Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi nafi benarkan operasi 'kelab malam halal', arah siasatan segera

Pihak Berkuasa Hiburan Awam (GEA) Arab Saudi menafikan ia memberikan kebenaran untuk membuka kelab malam di Jeddah.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi nafi benarkan operasi 'kelab malam halal', arah siasatan segera

Gambar hiasan. (Gambar: Plin -1 Nightclub/Facebook)

Diterbitkan : 15 Jun 2019 11:55PM Dikemas Kini : 16 Jun 2019 12:01AM

RIYADH: Pihak Berkuasa Hiburan Awam (GEA) Arab Saudi menafikan ia memberikan kebenaran untuk membuka kelab malam di Jeddah.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, GEA mengumumkan siasatan segera dilaksanakan mengenai video yang tular yang menunjukkan hiasan dalaman tempat tersebut.

“Menurut maklumat yang diberikan kepada GEA, acara (Project X) melanggar prosedur perundangan dan peraturan, dan tidak diluluskan badan ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, GEA "asalnya mengeluarkan lesen bagi satu acara lain".

“Kontraktor tersebut kemudiannya mengambil kesempatan apabila lesen itu diperbaharui untuk melakukan pelanggaran serius dan tidak dapat diterima ini,” menurut kenyataan tersebut lagi.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan ‘kelab malam halal’ pertama dibuka Khamis lalu di Jeddah.

Ia dilaporkan adalah cawangan jenama White Brand, yang mempunyai kelab-kelab malam di Dubai dan Beirut.

Penyanyi Amerika Syarikat, Ne-Yo, melakukan persembahan pada malam pembukaan kelmarin, menurut laman Facebook White Arab Saudi yang mengiklankan acara itu.

Menurut iklan tersebut, masa pembukaan kelab itu adalah antara 10.00 malam dan 3.00 pagi dengan harga tiket bernilai antara 500 dan 1,000 riyal Arab Saudi (S$183 - S$366).

Pembukaan kelab malam itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial dengan sebahagian pengguna memujinya sebagai sebahagian pelan pembaharuan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk memodenkan negara itu. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan